wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, May 20, 2013

Terima kasih Klinik 1 Malaysia

Alhamdulillah... sekarang saya mudah untuk mendapatkan rawatan di klinik kerajaan. Sejak dibuka di Taman Pakatan,  saya tidak perlu bersusah payah untuk menunggu di klinik kerajaan biasa di waktu kerja.
Klinik 1 Malaysia dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Jadi tak perlu saya membuang masa dan wang untuk perkhidmatan kesihatan. Jika di klinik swasta sudah tentu saya perlu membayar bayaran konsultan. Ubatnya pula lebih kurang sama sahaja drngan klinik kerajaan.
Hari ini saya bawa adib untuk dapatkan rawatan kerana selsema. Harap dia akan sembuh. Amin

Sunday, May 19, 2013

Cerita bom atas bukit

Cerita kali ini cerita minggu lepas. Kejadian ini berlaku pada 16 Mei 2013. Pada masa itu,  saya sedang mengisi minyak di BHP Kanthan.
Selepas mengisi saya terdengar bunyi letupan. Bunyi yang kuat tetapi berada jauh dari saya. Baru saya perasan bunyi tersebut datang dari atas bukit.
Tersentuh hati apabila melihat keadaan bukit bukit disekitar tersebut.  Botak... Apa akan terjadi jika semua bukit tersebut ditarah untuk kepentigan seseorang. Bagaimana dengan penduduk-penduduk sekitar? Bagaimana dengan ekosistem dan geografi?  Harapan saya jangan sehingga tiada apa apa untuk anak cucu kita.  Pihak kerajaan pun perlu pantau kerja kerja yang mereka lakukan.

Hidung Amni berdarah ketika tidur

Salam sahabat- sahabat saya di ceritadqimie.com. Hari ini saya nak bertanya kepada sahabat saya jika ada yang mempunyai masalah seperti saya. Anak kedua saya, Amni selalu hidungnya berdarah. Bukan selalu tetapi saya perasan sudah 2 bulan dan sebanyak 3 kali dah keluar darah dari hidungnya. Kami berpendapat ia adalah punca panas badan. Kami belum lagi berjumpa doktor. Jadi sementara ini kami ingin bertanya kepada sahabat sahabat yang membaca jika ada petua atau kenapa hidungnya berdarah ketika tidur.

 Jom kita kongsi pendapat.


NuffnangX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...