wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, September 14, 2013

Harga semasa gas memasak

Salam.. Pagi pagi kalau kena roti canai memang sedap. Dalam kepala plan nak buat roti tampal. Jadi pagi pagi pergi la ke gerai Kak Yam . Memang sedap. Rotinya lembut dan kuahnya pun menyelerakan. Adib dan amni pun suka makan. 

Untuk pengetahuan , harga roti canai dah RM 1.00..... Ehem ehem ehem... No komen. Tak pela rezeki peniaga peniaga. Lagi pun kedai mamak pun dah lama RM 1.00. Lepas balik dah seronok nak tampal ngan telur. Baru je nak panaskan minyak , gas pun habis. Takde rezeki saya .uhuhuhuh

Lepas makan saya pun singgah ke kedai Wahid. Tujuan beli gas la. Elok masa nak bayar harga yang dikenakan RM 29.00. Uik mahal betul. Di Sungai Besar harga RM 28.50. Itu harga siap hantar ke rumah ek. Rasa macam tak puas hati pun ada. Tapi itulah rezeki mereka. Bersangka baik.

Saya pun lepas itu cuba mencari maklumat di internet. Terjumpa pelbagai kisah tong gas di Ipoh. Oh rupa rupanya harga dah memang macam itu. Itu adalah harga di kedai sahaja. Kalau upah hantar mungkin akan tambah RM 1.00.

                               
   

1 comment:

adyna said...

Tong gas kat rumah ni lambat pulak abis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...